Friday, October 16, 2009

Batu Cincin Nabi Dari "Aqiq"

Ertinya : Drp Saidina Anas r.a dia berkata : “ Sesungguhnya cincin Baginda Nabi s.a.w itu dibuat daripada perak dan batunya berwarna habasyi” ~ Hadist diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh { Sila rujuk ‘AUNUL MA’ABUD SYARH SUNAN AL-IMAM ABU DAUD ( RH ) , Oleh : Al-Imam Al-Muhaddist Abu Taiyyib Muhd Syamsul Haq al-‘Azim Abadi ( rh ) , Jilid ke-11 , ms 213 .Terbitan : Darul Fikr, Beirut 1995 } .Erti “ habasyi “ di dalam hadist di atas ialah sejenis batu berwarna hitam yang dikenali sebagai ‘AQIQ .Inilah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan menjadi sunnah kepada mana-mana orang daripada kalangan umatnya jika mahu meniru cara dan gaya Baginda Rasulullah s.a.w di dalam memakai cincin . Namun usahlah diberat-beratkan diri sendiri dengan berusaha mencari apa-apa yang tidak dinyatakan secara spesifik ( khusus ) oleh Baginda Rasulullah s.a.w . Apabila mahu memakai cincin perak yang berbatu ‘aqiq …ya , silakan sahaja , mudah-mudahan pahala kerana mengikuti sunnah itu menjadi milik saudara .Namun tak perlulah susah-susah pula bertanya ( sbg mana sebhg umat Islam ) : “ Batu ‘Aqiq itu jenis macam mana pula ? “ , “ Batu ‘Aqiq tu mesti dibeli di Mekkah ke ? “ , “ Batu ‘Aqiq yang dijual di Jln Masjid India tu sunnah ke kalau dipakai ? “ . Silalah jangan menyusahkan diri kita sendiri pada perkara yang tidak dituntut oleh agama kita yang memudahkan umatnya ini .Selain itu suka saya nyatakan di sini , di antara batu-batu yang dijadikan sebagai perhiasan ( batu ) cincin itu ada yang mempunyai KHASIATNYA . Ini merupakan salah-satu tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala . Khasiatnya pula ada berbagai bergantung kepada jenis batu ataupun kayu yang dijadikan batu cincin itu . Ada diantaranya mampu ( dengan izin Allah Ta’ala pastinya ) merawat demam , menawarkan racun , menyejukkan tubuh .Ada pula yang digunakan dengan cara merapatkan batunya dengan jari si pemakainya agar terasa kesan ( khasiat ) batu itu , seperti ia mampu menstabilkan sistem dalaman badan seseorang . Itulah di antara khasiat batu cincin . Khasiat ini bukanlah satu perkara yang pelik dan bukanlah pula sesuatu yang ganjil memandangkan batu-batu cincin itu sendiri ada yang berasal daripada gali-galian bumi dan ada pula yang berasal drp pokok-pokok yang berkhasiat .Cuma jangan cakap cincin itu BERKUASA pula ! . Cincin itu samalah macam Panadol , ia tiada kuasa , sebab kuasa ( kuasa sebenar dan mutlaq ) hanyalah pada Allah Ta’ala . Allah Ta’ala jugalah yang Maha Memberi Manfaat dan Maha Mendatangkan Mudharat ( wal’iyadzubiLahi Min Aiyi Dhoror ) . Adapun hukum memakai cincin Perak tanpa batu di atasnya , maka ia kembali kepada hukum asalnya iaitu HARUS ( Boleh ) . Cuma , kalau saudara mahu mendapat pahala sunnah , saudara digalakkan mencari cincin yang mempunyai batu ‘Aqiq di atasnya . Walau bagaimana sekalipun, ianya bukanlah sesuatu yang mesti dilaksanakan oleh kita . Dan yang paling penting ialah kita tidak memakai cincin itu untuk riyak dan bermegah-megah kerana kemegahan dan kesombongan itu hanyalah hak mutlaq Allah Ta’ala selaku TUHAN sekalian alam .

1 comment:

  1. Salam. Saya nk tanya tentang cincin perak batu aqiq. Dimana saya boleh beli cincin perak batu aqiq? Saya nk beli untuk suami saya.

    ReplyDelete