Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-
لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepeada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].
Menurut Ibn Taimiyah ra. :-
أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat” [Majmu' Fataawa 25/63-65].
Malah ada dikalangan ulama’ yang mengatakan sunnah bagi lelaki memakai cincin perak berdasar dalil diatas.
Mungkin (saya rasa) yang dimaksudkan oleh Ustaz tersebut adalah bijana yang digunakan untuk minuman di perbuat dari emas atau perak. Dari Huzaifah ra. bahawa Nabi bersabda :-
لَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ ، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَكُمْ فِي الْآخِرَةِ
“Jangan minum didalam bijana yang diperbuat dari emas atau perak, kerana sesungguhnya ia adalah untuk mereka dan untuk kita di akhirat” [Hadith Riwayat Bukari #5633, Muslim #2067].
Berkata Imam al-Nawawi didalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kesimpulannya – cincin emas adalah haram untuk lelaki dan selain darinya diperbolehkan, termasuklah cincin perak. Nabi sendiri menggunakan cincin perak sebagai chop mohornya. Cuma Ibn Utsaimin memberi nasihat bahawa memakai cincin ini bukanlah bertujuan menunjuk-tunjuk atau berlebihan, dan memakainya tidak menimbulkan fitnah. Yang dilarang secara mutlak emas dan perak ialah pada bijana yang diperbuat dari emas dan perak.
Friday, October 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment